Sofie Chelly :)

I am not young enough to know everything.

Friday, October 21, 2011

saya rindu group saya :(


gambar tu gambar group aku =)

aku rindu diorang, rindu sangat =(
next semester nda dapat sama sama diorang lagi. hurm nda dapat lagi dengar lawak bodoh diorang. nda dapat lagi pakat kenakan lecturer. sedih la pula, hihi.

okay, mari cerita first day aku bersama diorang. mula mula aku pemalu sangat & pendiam yang teramat sangat hehee. salah satu daripada diorang lantik aku jadi penolong class rep & i was like "huh?". terkeluar terus blur blur ku. kesiang. alaaaa.. biasa la. lidah kelu bila kita dalam situasi macam tu kan. maksud aku.. nda kan lah baru kenal ja terus oveerrrrrr kan? eya bilang.

lama lama tu kami still nda rapat. then ada satu hari tu mdm ernawaty (lecturer math) bagi test mengejut. grrr. boleh datang sawan aku time tu sebab terkejut okayyy. tiada persediaan langsung. aku jawab macm biasa. buat apa yang aku tau ja, heeeee. seminggu lepas tu mdm bagi paper kami. mau tau markah aku? namau lah. nanti dibilang riak :D eh.. kalau nda bagitau, nda da lah ending cerita ni :P aku dapat full mark, senyummmm kambing dulu ba epiey =) okayy, cukup.cukup.

semenjak dari hari tu, diorang mula sudah bertanya soalan yang diorang nda paham sama aku. kami makin rapat & rapat & rapat. ahaha. lama kelamaan kelas kami palinggggg kelasss kau mariaaaa! eh bukan.. kelas kami kira macam rapat la sudah. satu kepala lagi. pandai kumpau lecturer lagi. semua sporting beb, happy dapat kenal diorang ;)

kawan kawan uitm panggil aku S O F I E. okayy, start hari ini panggil aku sofie ya kawan kawan? thank you. sekian :D

what-a-boring-life

bosan.

hampir sebulan sudah cuti semester, kerja aku duduk rumah ternak lemak ja. ouhh sangat sangat boring okay 
-_________- grrrr. aku mau kerja tapi mamy aku cakap cuti duduk rumah lah berehat. ini terlebih rehat sudah ni mamyyyyyy. aku plan mau ambil english course tapi aku nda tau lokasi nya d mana d tawau ni. ahaha. macam ja bukan orang tawau baaaa, trip ;/

rutin harian ; 

bangun jam10 pagi. then, sarapan sambil menghadap lappy tercinta. tercinta laaaaa sangat. jam12 begitu budak budak budak sekolah pergi sekolah sudah. auwww bertambah bosan aku. apa lagi.. layan korea lah sampai petang. sudah petang baru pegi ambil tuala pergi mandi. satu hari satu kali mandi. aku sengaja mandi petang, means utk mandi pagi & malam lah :D jimat air, jimat shampoo, jimat sabun, ahh semua lah. hebat nda hebat? okayyy. kerja ngok ngok ba.

hari ni sama juga, aku terrbuduuuu di rumah. mau tidur laaaaa. kbai =)

Sunday, July 24, 2011

i am bacccck

selepas berkurun lama nya, kini aku kembali meng-update blog yang buruk ni. heeee.

okaayy, pendek cerita aku busy ba di uitm ni. nda sempat update facebook, bloggieee, ahh.. semua lah.
kelas dari pagi sampai malam, lain lagi assignment, quiz, test. huh. penaaaat ya. aku ingat jadi budak u senang tapi anggapan ku salah.

kadang kadang kalau kelas lewat habis, aku dengan kawanku ketinggalan bas. apalagi terpaksa lah naik tangga gajah. kau tau ka apa tu tangga gajah? tangga gajah ialah tangga yang mempunyai anak-anak-anak nya sebanyak 294. hebat nda hebat? mula mula tu aku memang nda tahan. sangat sangat nda tahan. alhamdulillah sekarang okay sudah. chewah padahal.. hahaha.

kisah ku paling bessttt. disebabkan kelas ku start dari pagi sampai malam, aku nda sempat cuci muka dan dan dan nda menjaganya dengan baik. hasilnya? sangat sangat menggembirakan. JERAWAT tumbuh disetiap ruang yang ada dimuka ku yang santek ni. *bueeek.
tapi serious, sekarang aku nampak lebih matang dengan jerawat yang macam @$&*&^!> .

okay, bai.

Wednesday, April 27, 2011

CONTEST SEMUA TENTANG 4.

aku jumpa contest ni di blog si YAYA, terpikat pulak dengan contest tu so aku buat jugak lah. tak salah kan? :)


sebelum join contest ni, jangan lupa baca syarat-syarat nya okay.

empat perkara yang menggambarkan anda.
- simple
- tak tinggi, tak pendek. 
- gadis bertudung
- pendiam *konon lahh.. 


empat nama manja.
- ipie
- baby *panggilan cintaku 
- sofie *panggilan budak giant
- dayang 

empat perkara baik yang kamu buat hari ini.
- bangun awal, hehe
- kemas bilik
- jemur kain
- masak telur

empat tempat yang nak sangat pergi.
- mekah
- kedah 
- jepun
- paradise 

empat benda wajib bawa kalau keluar.

- purse
- handphone
- jam
- ic

empat perkara terakhir yang kamu buat sebelum join contest ni.
- makan
- ber-facebook-ing
- sms cintaku.. haha
- baca blog si yaya

empat orang yang kamu paling sayang di dunia ni.
- mamy & papa
- kakak & abang abang aku
- kawan kawan 
- anak uncle Ozely

empat jenis ragam manusia yang kamu jumpa hari ini.
- lelaki yang ntah anak siapa cakap aku 'sombong'
- sweet couple yang jalan siap pegang pegang ...., wth?
- prihatin *kakak aku, hehe
- pemalas

empat misi yang mesti kamu capai tahun ini.
- setia walaupun terpaksa berjauhan
- sambung belajar
- janji takmau main main sudah, belajar rajin rajin sudah *aiseehh
- matang dalam semua perkara *bueek

empat habit buruk kamu.
- cepat marah 
- suka pukul orang bila ketawa
- kuat cemburu
- suka kacau orang

empat perkara yang kamu fobia.
- ULAR
- high place
- tengok darah
- perempuan gedik 

empat sebab join contest ni.
- bosan
- takda idea 
- nampak menarik
- suka suka

tag. 
- zie
- zila 
- nurul
- ann
- ema

Monday, April 25, 2011

rindu budak ni wehh.


haaa.. ni anak aku. eh bukan, anak abang aku. budak ni nakal gila wey. mamy aku cakap, nakal dia sama macam abang aku masa abang aku kecik kecik dulu. eheee.

semenjak jadi anak dara sepenuh masa ni, budak ni lah penghibur aku. dia lah kawan aku main kejar kejar, dia jugak lah kawan aku duduk rumah jadi bambongan terhormat. budak ni baik giler wey.. dia selalu tolong simpan barang barang aku. kalau barang aku hilang, orang pertama aku tanya.. mmemang budak ni lah. hahaha. barang barang aku yang berhambur di bilik pun dia jugak yang tolong tambah hambur kan. okay kan? hehe.

aku pulak, aunty yang bertanggungjawab. setiap hari air mata dia mesti keluar. kalau tak keluar, tu tandanya ada yang tak kena. ehee. aku suka buat dia nangis, suka buat dia marah. sioook tengok budak budak nangis.

tapi, tapi, tapi.. sekarang budak ni sudah balik tawau. *sedihnya. 
sunyi nya aku di rumah ni. rindu pulak mau main sama dia, marah dia, buat dia nangis. :(

tag. tag. tag.

1 . Adakah anda rasa anda hot ?
mesti lah. *aisehmen, yakin nya menjawab. HAHAHA

2 . Wallpaper yang anda guna ?
wallpaper? gambar mini cooper.

3 . Cerita pasal gambar tu .
aku suka kereta tu, comeeell sangat :)

4 . Bila terakhir anda makan ayam ?
erm. minggu lepas.

5 . Lagu terakhir yang anda dengar ?
on the floor.

6 . Apakah yang anda buat selain menyelesaikan tag ni ?
dengar lagu & chat sama azizah zaz.

7 . Selain nama sendiri anda dipanggil apa ?
I P I E.

8 . Tag 8 orang .
kau. kau. kau. kau. kau. kau. kau. KAU. :D